Friday 22 May 2020

Rendang Pedas Ayam, 8 minit dengan Periuk Noxxa

Assalamualaikum.

Hari ini Syaf ingin kongsi satu lagi resepi yang dimasak menggunakan Periuk Tekanan Elektrik Berbilang Fungsi Noxxa atau mudah disebut Pressure Cooker Noxxa. Sejak ada periuk ajaib ini, teruja pula nak bereksperimen memasaknya dengannya. Memang mudah dan menjimatkan masa. Apa yang penting kita mesti tahu fungsi butang pada panel kawalan periuk tersebut dan cara settingnya. 

Kalau dulu kita memasak rendang di dalam kuali dan mengambil masa agak lama untuk ayam empuk, tetapi sekarang dengan menggunakan periuk ajaib ini hanya mengambil masa 8 minit untuk ayam empuk.  Tidak sampai 1 jam telah boleh dihidangkan.



Bahan-bahannya:
1.5 kg. daging ayam
1/2 kilo santan pekat
150 gram kerisik
2 batang serai - diketuk
2 helai daun kunyit - dihiris halus
Beberapa helai daun limau purut
2 keping asam gelugor
2 sudu besar gula perang
Garam secukup rasa

Bahan-bahan dikisar:
4 senduk nasi cili kering kisar
3 biji buah keras
3 biji bawang besar saiz sederhana
10 gram bawang putih
20 gram lengkuas
50 gram kunyit hidup
20 gram halia muda
4 batang serai - dihiris
10 gram cili padi
Air secukupnya

(Bahan-bahan di atas disatukan di dalam blender dan dikisar halus)

Penyediaannya:


1.  Masukkan semua bahan yang dikisar di dalam periuk dalaman.


2.  Kemudian masukkan ayam dan serai yang dititik.


3.  Masukkan santan pekat.

4.  Kacau rata dengan menggunakan senduk kayu 
atau senduk plastik.

5.  Tutup periuk dan putar tombol pengawal 
tekanan ke PRESSURE.

6.  Sentuh fungsi HIGH PRESSURE dan 
masukkan 8 minit.  Sentuh butang ON.

7.  Selepas 8 minit berlalu, putar tombol pengawal tekanan ke STEAM.  Tujuannya adalah untuk membebaskan wap dan membolehkan tudung boleh dibuka (sekiranya wap tidak dibebaskan, tudung tidak boleh dibuka).  Sentuh butang OFF. Tanggalkan tudung.

4.  Kacau rata.  Pada masa ini kondisi ayam telah empuk tetapi masih berkuah.  Masukkan daun kunyit, daun limau purut, asam gelugor, kerisik, gula perang dan garam secukup rasa.

5.  Sentuh STIR-FRY, dan tekan ON.  Masak sehingga kuah kering (ikut citarasa masing-masing).

6.  Selepas kuah agak kering, tekan butang OFF.

7.  Rendang pedas ayam ini boleh dialihkan ke periuk lain atau biarkan sahaja 
di dalam periuk Noxxa.  Sekira inginkan rendang berada dalam keadaan panas bolehlah 
guna fungsi WARM-REHEAT.

Kredit :

Monday 4 May 2020

           Periuk Tekanan Multifungsi Elektrik Noxxa



Dengan Periuk Tekanan Multifungsi Elektrik Noxxa anda boleh memasak sajian berkhasiat dalam masa yang singkat dengan menggunakan fungsi tekanan. Selain fungsi memasak dengan tekanan, anda boleh memasak perlahan, mengukus, menumis dan memastikan makanan kekal hangat/memanaskan semula makanan anda.
  • Didatangkan dengan periuk dalaman tidak melekat berkapasiti 8L boleh ditanggalkan yang dilapisi dengan salutan DUPONT Teflon Platinum bergred makanan yang digunakan di peringkat antarabangsa untuk semua peralatan memasak tidak melekat yang berkualiti tinggi
  • Lampu penunjuk LED dengan 2 tetingkap paparan
  • 10 fungsi memasak (Sup/Air Rebusan, Daging/Stew, Kek/Bakar, Tekanan Rendah, Goreng Kilas, Nasi, Aneka Biji-bijian, Bubur, Kukus, Masak Perlahan) dengan 3 masa pratetap dan/atau tetapan suhu yang boleh disesuaikan (Less, Normal, More) untuk setiap fungsi
  • Mula memasak secara automatik 4 saat selepas memilih fungsi
  • Fungsi Memori Pemasa Pintar – Menyimpan dan mengingati masa dan/atau suhu yang ditetapkan
  • Melihat tekanan memasak dalaman dengan penunjuk LED untuk fungsi memasak dengan tekanan
  • Fungsi Hangat yang boleh disesuaikan – Memastikan makanan kekal hangat sehingga 12 jam dan pilihan untuk mengekalkan kehangatan secara automatik atau membatalkan fungsi Hangat selepas proses memasak tamat
  • Pilihan suhu – mengawal suhu memasak untuk fungsi Goreng Kilas dan Masak Perlahan
  • Pemasa tunda untuk menunda proses memasak sehingga 24 jam
  • Penyediaan makanan berkhasiat yang dibuat sendiri dengan pantas
FUNGSI PRESSURE COKER NOXXA

❤️ Keep warm (hingga 12 jam)
❤️ Delay cooking (hingga 24 jam)
❤️ High pressure
❤️ Soup
❤️ Meat
❤️ Cake / Bake
❤️ Porridge
❤️ Multigrain
❤️ Stir fry
❤️ Steam
❤️ Slow cook

MENU yang kita boleh buat menggunakan Pressure Cooker Noxxa.

🐣 Telur Rebus : 2 minit
🌽 Popcorn : 2 minit
🍚 Nasi dagang : 7 minit
🍅 Nasi tomato : 7 minit
🍛 Nasi minyak : 7 minit
🍜 Rebus laksa : 8 minit
🍙 Rebus nasi impit : 20 minit
🍖 Sup tulang : 30 minit
🍘 Dodol : 7 - 15 minit
🍗 Ayam pencen : 45 minit
🍝 Bihun goreng ekspress : 4 minit (x perlu rendam)
❤️ Nasi goreng : 8 minit (dari beras)
❤️ Pulut kuning : 6 minit (x perlu rendam)
❤️ Kek : 26 minit
❤️ Rebus tulang : 30 minit
❤️ Nasi arab, Briyani, dll : 8 minit
❤️ Pizza : 6 minit
❤️ Kuih bingka : 6 minit
❤️ Buat sardin tin DIY dari ikan segar : 90 minit (tulang hancur)
❤️ Kari ikan : 4 minit
❤️ Rebus telur : 2 minit












SEMPENA PKP ini, NOXXA PRESSURE COOKER ADA DISKAUN HEBAT GILA HANYA SAH SEHINGGA MEI SAHAJA..JOM GRAB HARI INI‼️
✅ CASH
✅ KUTU
✅ ANSURAN 4X BAYAR (BAYARAN PERTAMA, DAPAT BARANG TERUS)
✅ TIADA INTEREST
Maklumat lanjut, sila tekan link di bawah :

http://www.wasap.my/60103564141/naknoxxapressurecooker
http://www.wasap.my/60103564141/naknoxxapressurecooker
http://www.wasap.my/60103564141/naknoxxapressurecooker

#gadgetidamanibuibu
#irsyafkitchen