Tuesday 7 July 2020

🍞🥖🥐🍰🍪🎂🍒

Assalamualaikum dan selamat sejahtera!!
.
Kelas rot kembali lagi!!!
Ingin makan roti hasil tangan sendiri?...ingin buat side income yg berbaloi2?...🧀🍕🍞
.
Sertai kelas Praktikal membuat roti sesenang ABC..... Menyediakan roti yg sedap, gebu, suci dan selamat kepada ahli keluarga...
.

Kami akan mengadakan kelas praktikal seperti maklumat di bawah:
.
Tarikh : 11/07/2020
Hari. : Sabtu
Masa : 9.00pg -  1.00ptg
Tempat : Taman Putra Prima Puchong
Yuran : RM100.00 shj
.
1. Roti Sosej
2. Roti Kacang merah (2 design)
3. Roti Chicken floss
4. Roti Golok

Menu Extra : Nasi Turkiy - untuk makan tengah hari
🍎🍒🍎🍒🍎🍒🍎🍒
.
Anda akan bawa balik hasil tangan.
.
http://www.wasap.my/+60103564141
.
#kelasroti
#kelasrotikek
#belajrbuatroti
#kelaspraktikalroti
#irsyafkitchen
#bimbinganawalsampaiakhir
#buatrotisendiri
#roti
#kelasrotikekpuchong

Friday 22 May 2020

Rendang Pedas Ayam, 8 minit dengan Periuk Noxxa

Assalamualaikum.

Hari ini Syaf ingin kongsi satu lagi resepi yang dimasak menggunakan Periuk Tekanan Elektrik Berbilang Fungsi Noxxa atau mudah disebut Pressure Cooker Noxxa. Sejak ada periuk ajaib ini, teruja pula nak bereksperimen memasaknya dengannya. Memang mudah dan menjimatkan masa. Apa yang penting kita mesti tahu fungsi butang pada panel kawalan periuk tersebut dan cara settingnya. 

Kalau dulu kita memasak rendang di dalam kuali dan mengambil masa agak lama untuk ayam empuk, tetapi sekarang dengan menggunakan periuk ajaib ini hanya mengambil masa 8 minit untuk ayam empuk.  Tidak sampai 1 jam telah boleh dihidangkan.



Bahan-bahannya:
1.5 kg. daging ayam
1/2 kilo santan pekat
150 gram kerisik
2 batang serai - diketuk
2 helai daun kunyit - dihiris halus
Beberapa helai daun limau purut
2 keping asam gelugor
2 sudu besar gula perang
Garam secukup rasa

Bahan-bahan dikisar:
4 senduk nasi cili kering kisar
3 biji buah keras
3 biji bawang besar saiz sederhana
10 gram bawang putih
20 gram lengkuas
50 gram kunyit hidup
20 gram halia muda
4 batang serai - dihiris
10 gram cili padi
Air secukupnya

(Bahan-bahan di atas disatukan di dalam blender dan dikisar halus)

Penyediaannya:


1.  Masukkan semua bahan yang dikisar di dalam periuk dalaman.


2.  Kemudian masukkan ayam dan serai yang dititik.


3.  Masukkan santan pekat.

4.  Kacau rata dengan menggunakan senduk kayu 
atau senduk plastik.

5.  Tutup periuk dan putar tombol pengawal 
tekanan ke PRESSURE.

6.  Sentuh fungsi HIGH PRESSURE dan 
masukkan 8 minit.  Sentuh butang ON.

7.  Selepas 8 minit berlalu, putar tombol pengawal tekanan ke STEAM.  Tujuannya adalah untuk membebaskan wap dan membolehkan tudung boleh dibuka (sekiranya wap tidak dibebaskan, tudung tidak boleh dibuka).  Sentuh butang OFF. Tanggalkan tudung.

4.  Kacau rata.  Pada masa ini kondisi ayam telah empuk tetapi masih berkuah.  Masukkan daun kunyit, daun limau purut, asam gelugor, kerisik, gula perang dan garam secukup rasa.

5.  Sentuh STIR-FRY, dan tekan ON.  Masak sehingga kuah kering (ikut citarasa masing-masing).

6.  Selepas kuah agak kering, tekan butang OFF.

7.  Rendang pedas ayam ini boleh dialihkan ke periuk lain atau biarkan sahaja 
di dalam periuk Noxxa.  Sekira inginkan rendang berada dalam keadaan panas bolehlah 
guna fungsi WARM-REHEAT.

Kredit :

Monday 4 May 2020

           Periuk Tekanan Multifungsi Elektrik Noxxa



Dengan Periuk Tekanan Multifungsi Elektrik Noxxa anda boleh memasak sajian berkhasiat dalam masa yang singkat dengan menggunakan fungsi tekanan. Selain fungsi memasak dengan tekanan, anda boleh memasak perlahan, mengukus, menumis dan memastikan makanan kekal hangat/memanaskan semula makanan anda.
  • Didatangkan dengan periuk dalaman tidak melekat berkapasiti 8L boleh ditanggalkan yang dilapisi dengan salutan DUPONT Teflon Platinum bergred makanan yang digunakan di peringkat antarabangsa untuk semua peralatan memasak tidak melekat yang berkualiti tinggi
  • Lampu penunjuk LED dengan 2 tetingkap paparan
  • 10 fungsi memasak (Sup/Air Rebusan, Daging/Stew, Kek/Bakar, Tekanan Rendah, Goreng Kilas, Nasi, Aneka Biji-bijian, Bubur, Kukus, Masak Perlahan) dengan 3 masa pratetap dan/atau tetapan suhu yang boleh disesuaikan (Less, Normal, More) untuk setiap fungsi
  • Mula memasak secara automatik 4 saat selepas memilih fungsi
  • Fungsi Memori Pemasa Pintar – Menyimpan dan mengingati masa dan/atau suhu yang ditetapkan
  • Melihat tekanan memasak dalaman dengan penunjuk LED untuk fungsi memasak dengan tekanan
  • Fungsi Hangat yang boleh disesuaikan – Memastikan makanan kekal hangat sehingga 12 jam dan pilihan untuk mengekalkan kehangatan secara automatik atau membatalkan fungsi Hangat selepas proses memasak tamat
  • Pilihan suhu – mengawal suhu memasak untuk fungsi Goreng Kilas dan Masak Perlahan
  • Pemasa tunda untuk menunda proses memasak sehingga 24 jam
  • Penyediaan makanan berkhasiat yang dibuat sendiri dengan pantas
FUNGSI PRESSURE COKER NOXXA

❤️ Keep warm (hingga 12 jam)
❤️ Delay cooking (hingga 24 jam)
❤️ High pressure
❤️ Soup
❤️ Meat
❤️ Cake / Bake
❤️ Porridge
❤️ Multigrain
❤️ Stir fry
❤️ Steam
❤️ Slow cook

MENU yang kita boleh buat menggunakan Pressure Cooker Noxxa.

🐣 Telur Rebus : 2 minit
🌽 Popcorn : 2 minit
🍚 Nasi dagang : 7 minit
🍅 Nasi tomato : 7 minit
🍛 Nasi minyak : 7 minit
🍜 Rebus laksa : 8 minit
🍙 Rebus nasi impit : 20 minit
🍖 Sup tulang : 30 minit
🍘 Dodol : 7 - 15 minit
🍗 Ayam pencen : 45 minit
🍝 Bihun goreng ekspress : 4 minit (x perlu rendam)
❤️ Nasi goreng : 8 minit (dari beras)
❤️ Pulut kuning : 6 minit (x perlu rendam)
❤️ Kek : 26 minit
❤️ Rebus tulang : 30 minit
❤️ Nasi arab, Briyani, dll : 8 minit
❤️ Pizza : 6 minit
❤️ Kuih bingka : 6 minit
❤️ Buat sardin tin DIY dari ikan segar : 90 minit (tulang hancur)
❤️ Kari ikan : 4 minit
❤️ Rebus telur : 2 minit












SEMPENA PKP ini, NOXXA PRESSURE COOKER ADA DISKAUN HEBAT GILA HANYA SAH SEHINGGA MEI SAHAJA..JOM GRAB HARI INI‼️
✅ CASH
✅ KUTU
✅ ANSURAN 4X BAYAR (BAYARAN PERTAMA, DAPAT BARANG TERUS)
✅ TIADA INTEREST
Maklumat lanjut, sila tekan link di bawah :

http://www.wasap.my/60103564141/naknoxxapressurecooker
http://www.wasap.my/60103564141/naknoxxapressurecooker
http://www.wasap.my/60103564141/naknoxxapressurecooker

#gadgetidamanibuibu
#irsyafkitchen

Thursday 1 August 2019

Kelas Belajar Buat Roti DIY

Hari tu ada join kelas roti hands on - maksudnya kita buat sendiri lah..best sangat belajar,cikgu sporting dan friendly. Ini hasil untuk percubaan pertama.



Memang resipi dia cukup mudah. Sebab tu senang saya nk buat sendiri kat rumah. Sesiapa yang berminat boleh ke FB Kelas Roti Kek Puchong https://www.facebook.com/kelasrotikekpuchong/?modal=admin_todo_tour ...


Semoga sharing saya bermanfaat..


Thursday 10 April 2014

Mimpi berada di bumi ISLAM.


Subhanallah Alhamdullilah Allahuakbar..

Aku tidak tahu apa sebenarnya rahsia disebalik mimpi aku ini.Orang kata mimpi mainan tidur.Tapi ini masuk dua kali aku bermimpi yang seakan sama lalu aku putuskan untuk menulis.

Mimpi keDua-
Aku berada di sebuah kedai serbaneka untuk membeli curry powder seperti yang ibu angkatku pesan. Wanita-wanita disana kebanyakannya tidak mengenakan hijab(tudung) dan lelakinya pula ramai yang memakai 'uniform' polis,dan selebihnya mereka berkelompok kelompok.Aku masih tidak mengetahui dimana aku sebenarnya,hanya mneruskan mimpiku. semasa mencari barang yang dicari,ada seorang budak menghalang aku dan meng'usha'. Aku buat tak tahu dan terus mencari barang.

Selesai membeli aku ingin pulang, ada seorang lelaki ingin menghalang perjalanan aku.Menyedari keadaan itu aku terus memilih jalan yang ramai orang lalu.Aku terus melalui sebuah pagar kecil yang berada jauh dari kedai tadi kerana pagar besar yang di hadapan kedai itu penuh dengan orang lelaki.

Lima minit perjalanan aku menyedari aku berada di dalam sebuah masjid yang besar. Masjid itu akan menutup semua pagar pada jam 1.00 tengahari tepat.Naqiyaah sahabat baik aku turut ada bersama dengan ku dan kami terkunci didalam masjid. Ada seorang wanita bertudung labuh mendekati penjaga masjid yang berada di pintu masjid untuk membuka pintu masjid supaya kami semua boleh keluar.Dia tidak memberi kami keluar dari masjid.

Tadi disana(seberang pagar aku melihat ramai orang 'free hair' dan berbaju pelik.Namun disini,aku melihat ramai yang berjubah dan menutup aurat.Sewaktu itu aku tidak boleh solat,jadi aku dan naqiyaah menunggu pagar dibuka di suatu sudut bersama sekumpulan pelajar sekolah berpakaian coklat yang aku sangkakan pelajar dari negara indonesia. Kami pula ber-tshirt panjang,jeans dan tudung bawal.

Setelah pagar dibuka,aku dan naqiyah berjalan ingin melintasi jalan raya besar empat lorong,laluan pergi dan balik,ditengahnya ade pembahagi jalan dan pokok besar.kereta disana semuanya laju-laju.kami takut untuk melintas lalu kami putuskan untuk mengikut sekumpulan pelancong asing yang berada di bahu jalan selari dengnan kami.Setelah pelancong itu melintas mereka terus menaiki sebuah bas yang menunggu mereka di seberang.

Ade sebuah kereta merah tidak membrek malah menekan minyak bila melihat kami melintas,jadi aku terus menarik tangan naqiyaah kembali semula ke tangah jalan.Aku dan naqiyaah tidak sempat untuk melintasi laluan bertentangan.lalu kami menunggu di tengah-tengah(pembahgi jalan). Diatas pembahagi jalan itu kami dapat menyaksikan satu tragedi dimana kereta-kereta meluru melanggar palancong asing yang berada dibahu jalan.

Aku terkejut dengan apa yang aku saksikan, tidak sempat melihat berapa ramai mangsa yang di langgar beberapa buah kereta,aku dikejutkan oleh bunyi hon sebuah kereta yang meluru laju kearah aku dan naqiyyah. Kami mengelak berlindung di balik pokok tua yang berada di belakang kami. Habis remuk bahagian bonet depan kereta tesebut,namun kereta itu berpusing untuk melanggar kami lagi.Pemandu itu seperti tekad ingn melanggar kami dan melihat kami mati. Dari mata lelaki itu aku dapat nampak betapa bencinya dia melihat kami. Tiba-tiba dengan tidak semena aku dapat mendengar bisik hatinya "Mereka macam bukan orang islam" lelaki itu terus menekan minyak tidak berputus asa. Dalam ketakutan dan tergesa-gesa aku terus melaungkan Allahuakbar ..!! lelaki didalam kereta itu membuat isyarat seperti dia tidak mendangar apa yang aku katakan. Lantas aku pon menjerit lagi dengan kuat menjerit ALLAHUAKBAR ALLAHUAKBAR !!!!

Selepas itu aku terus bangun dari tidur dan terus menunaikan solat subuh jam 6.45pagi.Sesudah solat,aku bermuhasabah diri dan menganggap ini semua mungkin petunjuk dari Yang Maha Esa untuk aku supaya menjadi muslim yang lebih baik. Aku beranggapan diseberang pagar itu mungkin negara bukan islam kerana ramai yang tidak bertudung. Orang -orang di sebelah pagar lagi satu itu mungkin orang islam dan sebuah negara islam yang hanya meneggakkan islam.Wallahuallam..

Mimpi Pertama-
Aku tidak berapa ingat mimpi yang pertama, apa yang aku ingat aku melintasi pagar tersebut tetapi aku tersalah memilih lorong yang bukan menuju ke masjid. Aku dikerumuni ramai lelaki.Aku merasa sangat takut dan takut dan takut pada masa itu.Itu sahaja yang aku ingat.

Aku memang ingin berubah,maksud aku berubah,menjadi muslimah yang lebih baik dari segi  aurat,ibadahku dan akhlakku.mungkin ini pesanan Allah untuk aku.Untuk pengajaran aku dan shabat2, masih belum terlambat untuk kita umat Nabi Muhammad s.a.w untuk berubah kejalan Allah. Biarpun sikit2 tak apa,asalkan ikhlas hati kerana Allah.Sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani.

Sunday 19 May 2013

HAPPY BIRTHDAY !!





Semua orang pernah,,telah,akan dan sedang menyambut hari kelahiran masing2..begitu juga aku..hari ini merupakan hari lahirnya aku ke dunia ini..Alhamdulillah dengan pengorbanan ibu yang tak putus2 berusaha demi membawa aku ke dunia ini..TERIMA KASIH yang tidak terhingga aku kepada ibu dan semua ibu2 diluar kerana telah meneruskan keterusan zuriat nabi Adam di dunia ini..

Ramai yang menyambut hari kelahiran mereka dengan pelbagai cara dan gaya..menyambut dengan party,,kek dan hadiah..namun,,back to our basic,,sebenarnya kita patut memberikan hadiah dan sambutan ini kepada ibu kita sendiri..siapalah kita tanpa ibu kita..sama-sama lah kita renungkan dan berfikir kembali apa sebenarnya hari lahir atau birhday bagi diri kita..

ini mama aku


 mama yang kuat semangat




Mungkin kita telah biasa dengan budaya barat dan menurut en.wiki juga : 

birthday is a day when a person celebrates the anniversary of his or her birth. Birthdays are celebrated in numerous cultures, often with a gift, party, or rite of passage. The celebration of a birthday usually is thought to mark how old a person is, traditionally stopping when death occurs and only stating that if still alive, they would have been (number of years) old. Some contemporary writers ignore this aspect, however, and keep counting the years since the date of birth of famous people, such as proclaiming that it is Shakespeare's "four hundredth birthday" (although he died at the age of fifty-two) instead of noting that it is the four hundredth anniversary of his birth.

jadi kita hanya perlu tanam dalam diri kita apa sebenarnya hari kelahiran kita ni..untuk apa kita raikan dan pada siapa sebenarnya kita patut ucap..Dalam islam juga mengajar kita supaya bersyukur dan menghargai ibu kita..bukan hanya pada hari ibu sahaja..Kesedaran kita terhadap usia kita yang semakin meningkat juga penting supaya kita sedar akan ibadah yang kita telah lakukan sepanjang kita hidup..cukup ke tidak,,sempurna atau tidak..dan inilah masa untuk kita mendewasakan diri dan menjadi orang yang lebih matang,,dalam mengejar cinta ALLAH s.w.t ..

Bukan hendak mengata atau memburukkan siapa-siapa..tapi ini sebagai pengajaran dan peringatan kepada diri sendiri juga..terima kasih kerana sudi membaca.. -syaf-

Monday 1 April 2013

2 HATI menjadi 1


DEDICATED FOR YOU SIS


Allhamdulillah...selesai sudah majlis perkahwinan kakak tersayang, Noor Sakirah bt. Mohd Sanusi dengan pasangannya Abang Zulkhairi pada tarikh 23.3.2013 ..

                                              Majlis akad nikah di Majid Besi,Putrajaya


                                     
Majlis Persandingan di Kajang

                                                Potong kek - sponsor from unty dari Kelantan

                                                   Family dari Kelantan belah papa


                                                                        Friends

                                             Majlis Sambut Menantu di Kuala Kangsar,Perak

                                               Kakak dan suami & pengapits y cumel ...

Walaupun pelbagai dugaan datang namun, alhamdulillah segala dapat dikawal..semoga kakak bahagia disamping suami tersayang dan dapat baby yang comel.. i love you so much sis..