Thursday 10 April 2014

Mimpi berada di bumi ISLAM.


Subhanallah Alhamdullilah Allahuakbar..

Aku tidak tahu apa sebenarnya rahsia disebalik mimpi aku ini.Orang kata mimpi mainan tidur.Tapi ini masuk dua kali aku bermimpi yang seakan sama lalu aku putuskan untuk menulis.

Mimpi keDua-
Aku berada di sebuah kedai serbaneka untuk membeli curry powder seperti yang ibu angkatku pesan. Wanita-wanita disana kebanyakannya tidak mengenakan hijab(tudung) dan lelakinya pula ramai yang memakai 'uniform' polis,dan selebihnya mereka berkelompok kelompok.Aku masih tidak mengetahui dimana aku sebenarnya,hanya mneruskan mimpiku. semasa mencari barang yang dicari,ada seorang budak menghalang aku dan meng'usha'. Aku buat tak tahu dan terus mencari barang.

Selesai membeli aku ingin pulang, ada seorang lelaki ingin menghalang perjalanan aku.Menyedari keadaan itu aku terus memilih jalan yang ramai orang lalu.Aku terus melalui sebuah pagar kecil yang berada jauh dari kedai tadi kerana pagar besar yang di hadapan kedai itu penuh dengan orang lelaki.

Lima minit perjalanan aku menyedari aku berada di dalam sebuah masjid yang besar. Masjid itu akan menutup semua pagar pada jam 1.00 tengahari tepat.Naqiyaah sahabat baik aku turut ada bersama dengan ku dan kami terkunci didalam masjid. Ada seorang wanita bertudung labuh mendekati penjaga masjid yang berada di pintu masjid untuk membuka pintu masjid supaya kami semua boleh keluar.Dia tidak memberi kami keluar dari masjid.

Tadi disana(seberang pagar aku melihat ramai orang 'free hair' dan berbaju pelik.Namun disini,aku melihat ramai yang berjubah dan menutup aurat.Sewaktu itu aku tidak boleh solat,jadi aku dan naqiyaah menunggu pagar dibuka di suatu sudut bersama sekumpulan pelajar sekolah berpakaian coklat yang aku sangkakan pelajar dari negara indonesia. Kami pula ber-tshirt panjang,jeans dan tudung bawal.

Setelah pagar dibuka,aku dan naqiyah berjalan ingin melintasi jalan raya besar empat lorong,laluan pergi dan balik,ditengahnya ade pembahagi jalan dan pokok besar.kereta disana semuanya laju-laju.kami takut untuk melintas lalu kami putuskan untuk mengikut sekumpulan pelancong asing yang berada di bahu jalan selari dengnan kami.Setelah pelancong itu melintas mereka terus menaiki sebuah bas yang menunggu mereka di seberang.

Ade sebuah kereta merah tidak membrek malah menekan minyak bila melihat kami melintas,jadi aku terus menarik tangan naqiyaah kembali semula ke tangah jalan.Aku dan naqiyaah tidak sempat untuk melintasi laluan bertentangan.lalu kami menunggu di tengah-tengah(pembahgi jalan). Diatas pembahagi jalan itu kami dapat menyaksikan satu tragedi dimana kereta-kereta meluru melanggar palancong asing yang berada dibahu jalan.

Aku terkejut dengan apa yang aku saksikan, tidak sempat melihat berapa ramai mangsa yang di langgar beberapa buah kereta,aku dikejutkan oleh bunyi hon sebuah kereta yang meluru laju kearah aku dan naqiyyah. Kami mengelak berlindung di balik pokok tua yang berada di belakang kami. Habis remuk bahagian bonet depan kereta tesebut,namun kereta itu berpusing untuk melanggar kami lagi.Pemandu itu seperti tekad ingn melanggar kami dan melihat kami mati. Dari mata lelaki itu aku dapat nampak betapa bencinya dia melihat kami. Tiba-tiba dengan tidak semena aku dapat mendengar bisik hatinya "Mereka macam bukan orang islam" lelaki itu terus menekan minyak tidak berputus asa. Dalam ketakutan dan tergesa-gesa aku terus melaungkan Allahuakbar ..!! lelaki didalam kereta itu membuat isyarat seperti dia tidak mendangar apa yang aku katakan. Lantas aku pon menjerit lagi dengan kuat menjerit ALLAHUAKBAR ALLAHUAKBAR !!!!

Selepas itu aku terus bangun dari tidur dan terus menunaikan solat subuh jam 6.45pagi.Sesudah solat,aku bermuhasabah diri dan menganggap ini semua mungkin petunjuk dari Yang Maha Esa untuk aku supaya menjadi muslim yang lebih baik. Aku beranggapan diseberang pagar itu mungkin negara bukan islam kerana ramai yang tidak bertudung. Orang -orang di sebelah pagar lagi satu itu mungkin orang islam dan sebuah negara islam yang hanya meneggakkan islam.Wallahuallam..

Mimpi Pertama-
Aku tidak berapa ingat mimpi yang pertama, apa yang aku ingat aku melintasi pagar tersebut tetapi aku tersalah memilih lorong yang bukan menuju ke masjid. Aku dikerumuni ramai lelaki.Aku merasa sangat takut dan takut dan takut pada masa itu.Itu sahaja yang aku ingat.

Aku memang ingin berubah,maksud aku berubah,menjadi muslimah yang lebih baik dari segi  aurat,ibadahku dan akhlakku.mungkin ini pesanan Allah untuk aku.Untuk pengajaran aku dan shabat2, masih belum terlambat untuk kita umat Nabi Muhammad s.a.w untuk berubah kejalan Allah. Biarpun sikit2 tak apa,asalkan ikhlas hati kerana Allah.Sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani.

No comments:

Post a Comment